bukan budak sekolah yeay

Assalammualaikum. (=

setelah sekian lama tak update blog ni tetiba rasa bertanggungjawab untuk berbuat demikian. Hehe niat nak update tu memang dah lama ada. tapi kerajinan tu baru je ni ha sampai mengetuk pintu hati. acewahhh belum apa apa dah melalut.

sebenarnya aku tengah menulis dalam kegelapan ((bukan hidup aku dalam kegelapan tapi memang tengah duduk dalam gelap. lampu ruang tamu ni rosak wakakaka)) oke tak lawak. takpe. cubaan yang hambar. tengah dapatkan mood senanye. al-maklumlah dah lama kot tak dapat menulis yang bebetul camni. tanpa terfikir homework tak siap lagi. addmath trigonometry tak cover lagi. chem tak selak langsung. hehehe dah berlalu dah fasa-fasa tu. Alhamdulillah. You have no idea how glad I am.

so dah berapa lama ek cuti? dekat 2 minggu dah kan. hmmmm aku kerja kat rumah apa lagi melepak je ah. orang lain sume cari kerja, belajar driving, aku? lek dalam bilik. layan lakorn. baca fixi. wakakakaka bukan tak nak buat benda yang korang buat sume tu tapi aku tengah menghargai masa-masa yang berbaki. ye before masuk plkn.

aku fikir ceni je, ala takpe lah melagha seketika. masuk plkn nanti baru disiplin balik.. ehe? macam ada switch on off pulak kan. nak disiplin tekan je lah on kalau tak nak tekan je ah off. sumpah prinsip ni korang jangan ikut. haruu. :P

masuk PLKN Isnin ni. 8hb. Alhamdulillah ah tak dapat awal. I mean 7hb ke 6hb ke. Sebab ada je kawan aku Fatehah kena pi 7hb. Tempat yang sama. Aku waktu ayah bagitau dapat 8hb pun dah bernanar wei hati aku ni. straight air mata keluar tak henti. Call pulak kat public phone kan. juniors lalu lalang duk jeling jeling je tapi kesah pe. waktu tu aku fikir pergh tak sampai 2 minggu pun duk rumah. 13 hari to be exact. serabut kepala hotak ni. aku bukan sedih pasaipa. aku syok je nak pergi ni. tapi memikirkan satu je: tak dapat join diorang balik kampung. balik sarawak. walawei. mana pernah tak balik kot. every year wajib balik.

dah ah waktu tu tengah amek spm. esoknya paper sejarah kot. Tapi sejarah kertas 3 lah. aduhhh parah. memang 2,3 hari lah gak nak rasionalkan diri. pastu oke dah. waktu cuti ni ramai gak hasut aku tunda je PLKN tu. Dengan pak chu nak kahwin sume. adehhh goyah gak ah hati aku ni.

tapi entahlah malas ah. baik pergi je. exciting apa. aku tak sabar nak tempuh pengalaman baru(poyo gila entah ye ye je hahaha) aku suka senanye dah habis college life.  duk sana lama-lama aku selalu rasa eh silap aku selalu tak rasa apa-apa. faham tak? aku simplekan eh. aku rasa makin lama duduk sana aku makin tak berjiwa. lengai. heartless. rasa tak hidup. bukan nak kata aku tak enjoy or benci duduk sana. aku suka je. tapi,dah cukup lah kot. penat. :)

oh before lupa, nak wish Happy Belated Birthday to Ayu Raihanah Hamzah.




 Yeayyyyyyy happpy bday yu!! sorry lambat wish. aku duk rumah tak sedar jam pukul berapa, tarikh lagilah kan. tu yang lambat. hehehe sumpah maaf. Kau dah tua! dah boleh amek lesen kereta ah weiiii. pi belajar nanti bawak aku jalan. hehehe aku sayang kau.. serious! tak tipu ;)

oklah. bye. nanti free rajin aku tulis lagi. jangan rindu!
Much Love,
 Ain Nadzri

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bestnya dapat PLKN! nak join, tp tk terpilih..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

tutorial:hover berpelangi