student edition: TIPS TRAVEL KE GOLDEN TRIANGLE,INDIA (JAIPUR-AGRA-DELHI)

Assalammualaikum. (=


ok dah lama tak menulis entry serious gini. jadi let's get started! untuk mudahkan keadaan let me put rate duit India-Malaysia. India guna indian rupees INR, so hadam ni betul betul untuk mudahkan kerja tawar menawar korang waktu shopping nanti.

RM 1.00 = 15 rupees

Aku pergi ber-13. Dengan coursemate. Kitorang memang stay in Bangalore, India. Jadi kami ambil domestic flight ke Delhi dan sesampai di Delhi, kami tempah tempo untuk bergerak ke tempat tempat perlancongan.

TRANSPORT

IndiGo return flight =14 000 rupees
Tempo (15 seats) =  25 000 rupees

For IndiGo, kira okay la since dia lagi besar sikit dari AirAsia. Luggage free 15kg check in baggage+ 7kg hand carry. If korang amek promo untuk student, usually price lagi murah and free luggage 25kg+7kg hand carry. But korang kena bawak la student card and tunjuk kat counter time check in. For me, memadai lah. Takyah student promo pun takpe, sebab 15kg tu cukup sangat in shaa Allah. 

For tempo, 25k rupees tu kitorang bahagi 13 orang. Sangat selesa weh our tempo. Ada tv 2 bijik, ada mp3 player korang boleh cucuk ke phone and karok dalam tu dengan kenkawan. Luggage, 12 of us memang bawa small size luggage yang keras tu, alhamdulillah muat. Letak kat seat blakang sekali, kena pandai susun and kena ada orang jaga. kalau tak slide jugak luggage tu. 

ok enough about transportation, meh cerita day by day experienced including expenses.

DAY 1: DELHI-JAIPUR

  • 11pm: depart from BLR to DEL
  • 2am-7am: arrived DEL airport, naik tempo ke JAIPUR
  • 7am-8.30am: driver stop for rest
  • 8.30am-11am: arrived SAMODE PALACE
  • 11am-2pm: lawat SAMODE PALACE+lunch there
  • 2pm-3.30pm: sambung perjalanan ke Jaipur
  • 3.30pm-4.15pm: lawat JANTAR MANTAR
  • 4.15-5.30pm: lawat CITY PALACE
  • 5.30-6.15pm: gerak ke BHARAT PALACE HOTEL
  • 8pm: dinner at MUHAMADDIAH HOTEL(restaurant)
Expenses

SAMODE PALACE: 1000 rupees (entry, lunch included)
JANTAR MANTAR: 100 rupees
CITY PALACE: 300 rupees *Royal palace:1500 rupees
HOTEL BHARAT PALACE: 4800 rupees (2 nights, 1 room, 4 persons)

ok dalam kotak atas dah ada ringkasan apa yang kitorang buat seharian tu. Ni pulak my own personal tips. Nak skip pun boleh.


1. Bawak air mineral/beli time berhenti kat kedai kecik kecik. Sebab confirm akan dehydrated time jalan-jalan. bila sampai airport, nak beli air dah mahal, rs 60. or kalau korang beli kat tempat tempat pelancongan tu dia jadi rs 30. sedangkan Kinley size besar, biasa rs 20 je.

2. Waktu driver stop for rest, buatlah apa yang patut. Mandi, tukar baju. Sebab sepatutnya kitorang dari delhi tu nak ke hotel dulu, tapi tempat tempat melawat tu yang jumpa dulu. kalau balik hotel dah buang masa and tak sempat. So, pandai pandai la tukar baju waktu ada masa.

3. Malam tu, bila dah check in hotel, kitorang amek uber. Gerak pi makan sendiri sendiri. ada 2, 3 kedai muslim kat situ, area Muhammadiah restaurant tu. located 10-15mins from hotel. Nice la tempat dia. macam kedai mamak yang high class gitu. Harga pun berpatutan around rs 100- 200 sorang la.

4.Bawak topi. sebab panas gila and local akan amek kesempatan jual topi in DOLLAR.

5.JANTAR MANTAR to CITY PALACE boleh jalan kaki. situ memang banyak la orang jual. pesanan aku, jangan jual mahal XD fridge magnet yang timbul timbul tu kalau dia jual satu rs 50 boleh sangat ambil. sebab kat pekan, dah mahal dah and susah tawar. benda benda yang satu set tawar la sampai dapat 100 rupees.



DAY 2: JAIPUR THE PINK CITY

  • 10am: gerak ke AMBER PALACE/FORT
  • 11am-1.30pm: lawat AMBER PALACE and lunch di Cafe Coffee Day
  • 1.45pm-2.30pm: gerak ke JAL MAHAL and did some shopping~
  • 2.45pm-4.00pm: gerak ke HAWA MAHAL 
  • 4.15pm-4.45pm: gerak balik hotel
  • 6.00pm-7.30pm: gerak semula ke HAWA MAHAL untuk shopping~
  • 7.45pm-9.30pm: dinner di JAIPOUR CAFE
  • 9.45pm: balik hotel and pack barang untuk perjalan ke Delhi esoknya
Expenses

AMBER PALACE: 100 rupees
JAL MAHAL: tak boleh masuk pun, tapi jalan jalan dekat area tasik dia je, ada orang jual jual
HAWA MAHAL: pun tak masuk, bergambar je kat luar dia, ahha
JAIPOUR CAFE: 600-800 rupees per pax. takyah gi. mahallll dan tak sedap ngat pun

1. Dekat Amber fort, mintak uber/tempo driver drop betul betul dekat entrance. Jangan dekat parking sebab agak jauh dari entrance, and believe me, korang takkan nak jalan bawah terik panas. Kalau dekat parking, boleh ambil jeep 400 rupees satu ride (sampai atas) or auto 40 rupees (sampai entrance)

2. Pakai sport shoes/flat, sebab nak naik Amber fort ni kena daki sikit and berbatu batu. Memang semput jugak, jangan lupa bawak air.

3. Jal Mahal memang boleh sangat la shopping situ. Dia macam pasar tani sikit. Pandai pandai la tawar and cari kedai yang jual murah ya. Their attractions are handcraft cam kasut, beg, gelang, sunglassees etc. Ada orang ambil upah untuk photoshoot using costume local jugak. Boleh try kalau berminat.

4. Hawa Mahal ni, actually memang ambil gambar kat luar je. Dalam tak menarik pun, so kitorang tak try. Sekitar Hawa Mahal ada banyak kedai ala ala jalan tar punya vibe. haa kat sini pun boleh shopping. TAPIIII sekali kau tawar, susah untuk kau bla tanpa beli. Peniaga dia setan jugak la, jenis memaksa. Kalau betul nak beli baru kau tawar.

**Aku suggest, apa apa souvenir nak beli, better beli hari ni. Kat Delhi or Agra susah dapat dah.



DAY 3: JAIPUR-AGRA-DELHI

  • 6.30am-12.30pm: gerak ke AGRA *singgah di RnR
  • 12.45pm-6.30pm: lawat TAJ MAHAL
  • 7.00pm-12.00am: gerak ke DELHI and check in to HOTEL DREAM PALACE
Expenses

TAJ MAHAL: 1000 rupees
HOTEL DREAM PALACE: 4400 rupees (1 day, 1 night, 4 people)

1. Waktu kat RnR tu, kitorang sempat melantak nasi goreng. fuiyo mahal gila wa kata lu. sepinggan adalah dalam RM 20. sebab tempat tu macam memang tempat stop untuk pelancong. so erm, bawakla bekal pagi tu siap siap kalau taknak bazir. Kedai souvenir dia pun agak mahal except for keychain dia. Boleh lagi la

2. Okay, let's get to Taj Mahalllllll... Entrance dia kau kena bayar 1000 rupees, that is included with water, sarung kasut and entrance into Taj Mahal without queue. Time ni, akan ramai orang nak offer tour guide untuk express entrance blah bla kononnya. Itu semua dusta. Kau boleh je bukak google cari wikipedia pasal Taj Mahal. Takda maknanya kena tunggu or beratur panjang berjam jam nak masuk bangunan tu, kita foreigner lain queue, siap bagi masuk dulu lagi. Don't be fooled gaiss.

3. After entrance, kau takkan nampak pun Taj Mahal tu. Jangan risau, kau tak salah tempat. Kau kena naik bas, sebab Taj tu 1km away from the entrance. Boleh try jalan kaki, kalau nak sampai ketibas. hehee gurau je. Jangan jalan kaki, sebab nanti nak kena menikmati perjalanan di Taj, save your energy. Oh, foreigner naik bas ni free. FREE tau, jangan bayar.

4. Dah sampai Taj, ada queue jugak nak check bag and all. Oh ya, boleh bawak beg kecik tau, tapi xyah la bawak backpack tu. Bawak macam tote bag boleh. Queue ni pun foreigner boleh potong, foreigners with their own queue. So, takyah begaduh dengan local, kalau diorang marah korang potong queue, tunjuk je tiket.

5. Kedai luar Taj tu, awal awal memang akan ada orang 'reserve' korang masuk kedai dia. So, korang hati hati la ye, harga yang diorang bagi tu, yang kononnya dah habis tawar dah tu, mungkin akan lebih mahal dari starting price kedai sebelah. Spend wisely. Aku dah jumpa kedai jual t-shirt starting price 200 rupee, kedai lain start 150 rupee. Fridge magnet situ murah, 50 rupee, kalau dia kata 100 or 150 rupee tu, ketahuilah bahawa itu semua dusta belaka. Tawar gais tawar.

6. Tips bergambar di Taj Mahal, elakkan pergi time cuti umum di India. Ramai giler giler manusia. Banyak pulak la orang enter frame. Lepas tu, akan banyak jugak photographer yang cari rezeki kat situ. Boleh la kalau nak ambil pakej fotografi diorang, harga dalam range 1000-2000. Gambar korang clear of people, dia siap print and bagi soft copy skali, in pen drive and whatsapp. Tapi, kena pandai pandai la cari photographer with the best price.
*Boleh pergi ke masjid di kiri dan kanan Taj untuk gambar cantik-alternatif to gambar center
*Gambar dekat center memang lawa, sumpah lawa jangan lepaskan peluang bergambar kat situ


DAY 4: DELHI I

  • 10am: gerak ke INDIA GATE
  • 1030am-11.30am: lawat INDIA GATE
  • 11.45pm-2.00pm: lawat HUMAYOUN'S TOMB
  • 2.15pm-3.30pm: gerak ke QUTUB MINAR
  • 3.45pm-5.30pm: lawat QUTUB MINAR
  • 5.45pm-6.30pm: balik hotel 
Expenses

INDIA GATE: free
HUMAYOUN'S TOMB: 500 rupees
QUTUB MINAR: 500 rupees

1. Di India Gate ni, amatlah disarankan untuk bawak payung or cap sebab memang tengah padang yang tak ada tempat berteduh. Pergi masa pagi atau hampir senja untuk kurang panas.

2. Banyak jugak orang berurus niaga di India Gate ni, and banyak jugak yang berperangai memaksa ni. So, berhati hati la. Ada orang buat henna, take 50 rupees tau, boleh pilih corak. Ada jugak photographer yang offer tangkap gambar, ni terpulang la. Kalau nak, boleh je, ada yang ambil 1 gambar for 50, ada 30. Kualiti lebih kurang je. Boleh la tengok apa yang diorang offer, tapi untuk inspirasi nak ambil gambar macam mana. Tu yang kitorang buat. hehe

3. Humayoun's Tomb pun ada line untuk foreigner, so takyah beratur masa beli tiket. Upon entry, ada satu lagi tomb, jangan buang banyak sangat masa kat situ. Go straight to the real tomb. Cantik giler, umpama Taj Mahal jugak vibe dia.

4. Qutub Minar dari Humayoun's Tomb ni agak jauh, and dikhabarkan ia tutup pukul 5.30 petang. So, kena la gerak cepat ke sana, untuk menikmati pemandang indah mimbar yang sangat tinggi kat situ. Cantik I tell you. Different queue for foreigner, so takyah beratur.



DAY 5: DELHI II

  • 9.30am: breakfast di 
  • 10am-1.00pm: lawat JAMA MASJID 
  • 1.15pm-3.00pm: did some shopping~
  • 3.15pm-5.00pm: V3 MALL  
  • 5.15pm-6.00pm: gerak balik hotel
  • 7.30pm: gerak ke INDIRINAGAR AIRPORT 
  • 11.30pm: perjalanan balik ke BANGALORE
  • 2.30am: sampai BANGALORE
Expenses

JAMA MASJID: 300 rupees

1. Dekat Jama Masjid ni kena pakai proper, so for non Muslims, the attire will be provided kalau tak menepati syarat. The tips is, wear long pants, and no sleeveless shirts. And shoes are not allowed, kena bukak kat depan entrance tu. Tips kat sini adalah, bawak la plastik or bag untuk letak kasut tu. Boleh la bawak ke dalam, tak risau hilang. And pakaila stokin, sebab masjid tu open air, so lantai dia panas giler.

2. Ada satu tower yang boleh nampak the whole Delhi city kat masjid ni, entrance dia kat dalam masjid tu, bayar another 100 rupees for it. Kalau gayat, jangan naik. Sebab tangga dia tinggi giler and sempit. Kalau fobia tempat sempit pun, tak digalakkan.

3. Area Jama Masjid tu ada tempat beli belah, ala ala jalan tar. Ada banyak tempat makan muslim, and mostly barangan yang dijual di situ barang punjab.

4. V3 Mall ni tak ada dalam plan asal pun. Datang lepak lepak je situ. Sepatutnya lawat Red Fort, tapi hari tu tempat tu tutup. Kat V3 ni tak ada apa sangat la. Tapi ada bowling and arcade. Kitorang main bowling je petang tu lepas lunch.

5. Indirinagar Airport, terminal domestik dia sangat gempak. Tak pernah pergi yang international punya, tapi overall i can say sangat gempak. Macam dalam mall. Saja nak cakap. hehe

So, that's the end of it. Overall view, nak pergi melawat Golden Triangle ni senang je and affordable.
Overview:
Expenses per pax;
Tranportation - 14 000 + 1923 = 15923
Accomodation - 1200 + 1100 = 2300
Entrance fees - 1000 + 100 + 300 + 100 + 1000 + 500 + 500 = 3500
Total = 21 723 rupees ~ RM`1448

Di atas adalah perbelanjaan tak kira makan dan beli belah. So, kalau tambah makan and shopping tu lebih kurang 25 000 la untuk korang yang tak gila sangat belanja. hehe

Semoga entry ni membantu rakan rakan student yang nak travel or sesiapa sahaja yang berminat nak ke Golden Triangle. Selamat melancong kawan kawan.

Salam Namaste.

A post shared by Masshara (@m_xagoras) on

A post shared by Masshara (@m_xagoras) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Masshara (@m_xagoras) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on

A post shared by Masshara (@m_xagoras) on

A post shared by Ain Nadzri (@ainadzri) on


A post shared by Masshara (@m_xagoras) on
Much Love,
 Ain Nadzri♥ ft m_xagoras

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

'Choice'