rasa

Assalammualaikum.

menulis dengan timbunan baju tak berlipat di atas lantai, buku yang hanya separa dibaca, dan paip yang kedengaran terbuka di bilik air tidak jauh dari meja aku berada. serabut? mungkin itu perkataan yang paling sesuai untuk menyifatkan segala rasa di dalam fikiran dan hati aku sekarang.

sejujurnya, aku tidak tahu apa yang berlaku kepada diriku sendiri kebelakangan ni. Tekanan mungkin... paksa diri untuk produktif tetapi kecewa kerana pengakhirannya selalu menyedihkan. Apa yang aku buat? entah la. bermenung mengenang nasib. fikir dan terus berfikir.

keadaan ini memberi kesan yang besar terhadap diriku. puas orang orang terdekat mengingatkan aku agar sentiasa tumpukan perhatian terhadap perkara yang lebih penting, pelajaran misalnya. tetapi bagaimana aku mampu melakukan sedemikian sedangkan masa depan, impian dan cita citaku seperti di meja perjudian?

sedih dan kecewa. marahkan siapa, aku tidak pasti. tiada guna menunding jari, ini semua sudah ditentukan Illahi. Aku harus siapkan diri. kuatkan semangat. kerana bila tiba masanya aku tidak pasti aku cukup kuat untuk menerima.

letak pergantungan pada Al Alim kerana Dia lebih mengetahui.  aku tahu itu semua. tetapi aku cuma manusia biasa, yang masih punya rasa. aku bukan robot tidak berperasaan- hanya hadap dan terima. aku perlu masa.

doakan aku pembaca? kerana bila tiba masa, aku ingin bersedia sama.
Much Love,
 Ain Nadzri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

tutorial:hover berpelangi