a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Jumaat, 16 Disember 2016
Miskin

Assalammualaikum. (=

Haa tudia. sampai dah. si budak yang menulis ketika patah hati sahaja. ketika tiada siapa sanggup dan ada masa nak dengar segala yang terbuku di hati. Jadi.... yup. Aku kat India. Bangalore to be specific. dah masuk 2 bulan kat sini. macam macam dah jadi.

Tapi aku taknak cerita semua tu. dan aku tak mampu janji, dapat ke tak cerita pahit manis kat sini. Aku rasa susah. tak boleh menulis jika perlu untuk cerita apa yang berlaku kat sini. takut tak dapat kawal rasa. lagi pun awal lagi untuk aku menjadi juri menentu baik dan buruk negara orang ni. Tunggulah. Bila aku bersedia.

Aku rasa...... marah dengan diri sendiri. yang terlalu manja. bukan manja tak biasa hidup susah. Manja tak biasa miskin dengan kasih sayang. ye, aku anak sulung. Orang kata anak sulung ni lah paling cekal, berdikari, matang dan lain lain tu kan. Kalau orang tengok aku dari luar, memang orang akan rasa aku macam tu. pandai bawa diri, jenis tak kisah, just go with the flow je ah kononnya. Tapi kalau tengok aku dengan family, mahu tergelak agaknya. manja nak mampuih.

Aku manja dengan ayah.. ibu. Tak selalu kena marah? uish selalu je... tapi tulah, lepas kena marah lek je, macam takde benda berlaku. masih clingy dan manja. Dengan nenek? pun sama. cucu perempuan sulung weh. kiranya childhood aku banyak ah kat rumah nenek. banyak membesar kat tangan nenek gak aku ni. Yang jadikan aku manja dengan pakcik, pakcu, maknani, mama(maklong) dan semua pak dara mak dara aku yang lain. Ye weh. sampai besar. Bond family kami tersangat ah rapat ye.

Aku ah punya prinsip centu. kawan2 aku tak kesah sangat weh, tapi jangan family. nyawa tu. So, kira membesar dengan loving environment sangat ah. Dulu waktu pre-U hari hari call ibu ayah. mengadu semua benda. Masih sama perangai dari sekolah rendah, sekolah menengah, asrama penuh sampai lah ke pre U. Jadi bila duk jauh ni, nak contact pun guna whatsapp call dengan internet kekadang putus, stress tau tak. pastu timezone, 10 lebih tengah koyak homesick, parents dah tido dah. adududu

why is everything so hard. aku selama ni ok je. tak terasa ah pulak kehilangan kasih sayang ke pe Huhu ((dramatik gila ayat)). sejak demam haritu ah. baru cam............. hm, okay. dimanakah semua orang? I need lots of love and attention here. life is tough over here. where is everyone? when i need em the most.

 Pastu fikir punya fikir, i come into conclusion that..... everyone living their on life. busy hidup Ain. ingat orang ada masa jadi cheerleader ko je?? make sure ko tak depress and continue living life? make sure u wake up in the morning even u feel the world is too dark to be faced?

Sudah lah ain. Cukuplah susahkan orang. Move on. everyone has their on life. kau pun. cukuplah. be happy with yours.

Much Love,
 Ain Nadzri


About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.