a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Selasa, 14 Jun 2016
Resepi: Homemade Ice cream Cookie Monster

Assalamualaikum. =)

Yeap seperti yang dijanjikan. Straight to the point ye.




Bahan:
-Heavy cream/ whipped cream 60ml
- Ekstrak Vanilla 1 sudu teh
-Susu pekat 1 tin (depends nak berapa manis)
-Food coloring blue 1 sudu teh
-Oreo 1 paket
-Chipsmore 1 paket

Cara:

1. Hancurkan 3/4 oreo dan chipsmore. Jangan terlalu hancur kerana ianya akan dimasukkan ke dalam bancuhan icecream kita nanti. 1/4 oreo dan chipsmore dipatahkan kepada empat bahagian untuk dijadikan hiasan di atas aiskrim nanti.

2. 60 ml heavy cream tu korang adun guna mixer sampai sedikit kembang. Masukkan ekstrak vanilla dan blue food coloring tu 1 sudu teh setiap satu. Food coloring tu kalau boleh takyah banyak. Nanti biru sangat korang tak lalu nak makan pulak. Lagipun coloring ni tak elok. So tak payah letak banyak.

3. Lepastu bubuh setin susu pekat manis korang tu. Ikut orang. Sebab oreo dengan chipsmore memang dah manis. Kena ingat tu. Setin susu pekat manis memang teramatlah manis. Tak lalu makan. So korang letak lah dalam 3/4 ke? Separuh ke? Kalau nak selamat rasa kemanisan dia tu.

4. Adun lagi bancuhan tadi guna mixer. Jangan lama sangat. Adunan Ain buat memang jadi cair sikit. No worries. Dia tetap akan jadi icecream.

5. Masukkan 3/4 hancuran oreo dan cookies tadi ke dalam bancuhan icecream. Pastu korang kacau guna kasi sekata.  Lepas siap yang 1/4 tadi korang susun atas icecream.

6. Masukkan bancuhan tersebut dalam peti sejuk. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam. Kalau adunan korang cair sikit, biasa la tu amek masa lebih dari 5 jam. Normal. Jangan gelabah.

Siap!
Much Love,
 Ain Nadzri

Label:



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.