Manusia

Assalamualaikum manusia yang berhati dan jiwa.

Aku menulis dari sudut seorang insan biasa. Yang tak lari dari salah dan cela. Sebab itulah kita.. manusia. Yang khilaf dan tidak sempurna.

Aku sakit... hati dan jiwa mengerti sikap manusia. Mahu dilayan baik dan sempurna tetapi tidak melakukan sebegitu, mengikut hendaknya. Aku sedih. Mendengar caci dan hina. Melihat mereka yang berhati dan jiwa diperlakukan seperti sampah tidak bernyawa.

Wahai sahabat yang ku sayang. Mengapa begitu jadinya? Hanya kerana tingkah sedikit berbeza, kita terus menghukum, seolah dia paling berdosa. Mengambil hak sesuka rasa, memalukan rakan tanpa kira. Puaskah? Puas nafsu serakah mu melihat dunia ketawa? Menggelakkan dia.. bagimu si dungu.
Si dungu tidak berdosa.

Wahai kawan. Bayangkan jika yang disisih dihina itu adik beradikmu? Suka? Gembira? Layakkah dia dilayan sebegitu rupa? Rakan, kau perlu ingat.. dia juga manusia. Yang disayang dimanja oleh keluarga. Yang dijaga dipelihara oleh kandung bertiga. Jadi, cuba fikir apa yang membuatkan kau boleh melayan dia.. kurang dari layaknya?

Rakan dunia ini roda. Kali ini kau di atas. Kelak kau pasti jatuh dan dihina dibawah. Apa kau beri, itu kau terima. Tak di dunia, kelak di akhirat sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

tutorial:hover berpelangi