a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Khamis, 28 April 2016
Sedar

Assalamualaikum.

Hi. Dah jadi adat kot, bila serabut..  duk gigih menaip. Entry from email je ni. Nak bukak dashboard kat laptop tak mampu. Banyak sangat tab open. Tengah buat assignment sebenarnya. Tapi down. Takde mood. Padahal tinggal 30% je nak siapkan. Takpe, lepas update ni In shaa Allah aku hadap.

Sebenarnya baru lepas baca blog senior. Senior IIC yang di India sekarang. Rasa macam cepat je masa berlalu. 8 bulan lepas... baru first time rasanya baca blog dia. Before masuk IIC. Before datang Casa Subang. Baca pengalaman dia. Yelah waktu tu beriya kan nak tahu hostel cane. Nak balik naik bas sume macamana. Huhuhu luckily this senior ada catatkan dalam entry entry dia.  Waktu tu search google je. Mana nak kenalkan.

Tapi tadi, ternampak account salah sorang senior kat timeline twitter. Click punya click.. sampai ke blog dia. Huhuhu dah banyak gila update pasal India. Setiap entry aku hadam satu satu. Perit dan payah nampaknya journey kat sana. Tapi diz senior is really great. Tengok setiap benda dengan positif. Baguslah. Memang setiap benda ada hikmah pun. Kau kena tengok dari angle yang tepat je.

Banyak gak entry berunsur dakwah dia. Sentap hati aku yang banyak lagha ni. Soal balik diri. Mana entah jiwa tak pernah mengalah tu. Now macam hape. Cepat sangat melatah; kalah dengan emosi. Ada satu ayat ni betul betul sentuh rasa. Tak ingat macamana tapi point dia, berhenti mengharapkan benda yang tak pasti dan fokus pada benda yang pasti. Faham tak? Benda yang tak pasti seperti... jodoh. Huhu stop jelah hati. 19 & wasting time on love that isnt lead to marriage? Huuu memang buang masa, menambah dosa. Fokus on benda yang pasti seperti... syurga dan janji Allah; siapa yang berusaha,dia yang berjaya. Tambah amal dan ibadah tu & start focusing on your study.

Belajar memang penat beb. Serious jujur aku kata penat. Tapi kau nak ke menanggung kebodohan seumur hidup kau? Then.. bila susah tu jangan lah cepat give up ye. Mintak. Doa dengan sepenuh penuh pengharapan kepada Allah. In shaa Allah, Dia permudahkan. Satu lagi yang aku dapat dari pembacaan aku tadi. Chewahh pembacaan gituuw. Ilmu ni beb.. milik al-Alim. Kau mintak ilmu, jangan salah tempat. Jangan bertuhankan buku. Buku tu medium je. Ilmu tu sendiri milik Allah. Mintak pada dia. Moga dipinjamkan sedikit ilmu-Nya. Inshaa Allah.

Sekadar peringatan sendiri. Peace!



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.