a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Jumaat, 4 September 2015
Blessed

Assalammualaikum. (=

Mingu ni aku belajar sesuatu. Apabila kita terasa hanyut dan hilang, berhentilah merancang dan letakkanlah segala pengaharapan hanya kepada Allah,  Waktu tu dunia yang kau rasa gelap akan perlahan-lahan disinari cahaya Illahi.


No kidding. Aku juga manusia. Banyak khilafnya. Terasa kecil bila ditimpa dugaan yang tak termampu aku hadapi. Rasa putus asa. Tetapi aku kuatkan jugak diri. Sebab aku percaya Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan dan daya hambaNya itu. Jadi bila aku belajar menerima, segalanya jadi mudah.. dan tenang.

Let go and let God. Kita manusia merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang. Kadang kadang kita akan berada dalam situasi yang tak dijangka. Persoalan macam knapa aku?Mengapa sekarang? Bagaimana nak hadap perkara ni? muncul dalam benak fikiranku. Tipu kalau aku kata tak.  Kadang kita dibutakan oleh situasi. Kita tak dapat nampak apa hikmahnya Allah letakkan kita dalam situasi tersebut.

Tapi bila kita mula melangkah. Menempuhi jalan yang terasa berduri itu, rupa-rupanya baru kita sedar bahawa Allah telah bentangkan jalan dengan permaidani indah selepas jalan berduri tersebut.
Perancangan Allah ni hebat. Amat teliti. Allah letakkan kita dalam situasi sukar agar kita lagi kuat. Lepastu, pasti Allah munculkan kesenangan. There must be a rain before we can see a rainbow.Right?

Kalau aku imbau balik dari kecik, sampai sekarang.. Macam-macam tempat Allah dah tetapkan untuk aku. Susah atau senang, semua telah bawak kebaikan untuk diri aku sendiri. Cuba korang ingat balik, korang pun samakan? I am so blessed. We are so blessed,
Much Love,
 Ain Nadzri


About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.