a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Jumaat, 19 Jun 2015
Update

Assalammualaikum. (=

Patutnya aku buat assignment time ni. Tapi takde mood lah. Perut berkeroncong, tunggu iftar. hihi. Oh haa before that, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak muslim,muslimat sekalian, Moga Ramadhan kali ini kita immarahkan dengan mencuri cinta Allah. Bukan curi makan cekodok di siang hari ataupun curi hati manusia. ;)

Nak cerita pasal apa ek? Update sikitlah apa jadi this year. Last time I wrote an entry, bukan cerita pun kan? Jetjet puitis je. Hahahahahaha. Oh ye guys!! Kalian, yang rajin ke blog ni. Terima kasih banyak-banyak ye. Sejak aku blogging dari secomel-comel 11 tahun sampai  la ke 18 tahun ni, first time aku dapat income from blogging. Tq cik Nuffnang! Tq korang yang rajin tekan iklan kat sini. Dapatlah juga si pemalas ni merasa duit hasil menaip benda-benda tak berapa nak masuk akal kat sini. Aku baru check out seminggu lepas. RM120+. Boleh ah gak beli buku campbell Biology berat 10kg tu. Tq guys. Jasa mu dikenang! muaaahhhh hihi.

So ceritanya now aku tengah ambil asasi kat UKM. Not bad lah. Even rasa rendah diri nak mampus. sebabnya kan, kat sana ramai yang hebat-hebat. Classmate, roommate. Seriously, they're amazing. Seronoklah jugak pi tempat baru. Jumpa orang baru. Belajar benda baru. Semuanya tambah pengalaman. Aku suka benda-benda camni, Perhati hidup orang dan belajar cara dia menghidupkan hidup. Bunyi cam gempak kan?

Sebenarnya nak sentuh pasal cinta. Tapi janggal pulak rasa. Geli pun ada. Hahahahaha orang baya aku ni, sepatutnya kalau bab cinta dah boleh buat buku beb. Aku nak cipta muka surat pertama pun tak berani. Lawak mende kan? Entahlah ..bagi aku, kalau Allah dah tetapkan sesorang tu untuk kita, pasti ada. Nak tunggu, syok beriya pun tak guna. Tunggu orang lain, tup tup jodoh hang dengan aku. Camne? hahahahahaha takpe lah. tetaplah bersabar wahai cinta luka. Moga Allah melihat hati-hati kita.




Much Love,
 Ain Nadzri

Label: , , , ,



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.