ain-creepy-biol-ogy lol

Assalammualaikum. (=

Kalau di ikutkan, badan memang penat. Tak larat pun kot nak update blog sgala bagai. Tapi disebabkan hati mengada-ngada terlalu rindu nak menulis, ikutkan lah jugak. Jangan pelik lah macam mana aku boleh update tengah-tengah minggu gini. Dipendekkan cerita, sekolah aku cuti. Jadi mohon korang yang tak cuti tu sila jealous habis-habisan ye. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Ahaks.

Aku rasa kali ni nak menaip santai je. Tak nak emo-emo macam selalu. Penat ler cakap pasal perasaan, emosi dan lain-lain yang biasanya tak pernah normal dan stabil. Erk. So yupp. Aku nak cakap pasal life cycle. Ni takde kena mengena dengan science mahupun biology. Just some teory aka ain-BIOL-ogy.


So based on pie chart v. 19.2 above, it shows our life cycle. Sebenarnya idea ni bukan idea aku. But room mate and kawan aku punya idea. And... aku golongan yang terlalu bersetuju dengan ideologi ni and decide untuk share dengan korang. Before aku terangkan, mintak maaf awal-awal sebab doodle di atas hanya dihasilkan berkat kewujudan handphone ayah. Update ni pun. Sorry lah. Tak sampai rumah lagi ni. Ala kadar je lah ye. 

So macam ni. Masa berlalu. Keadaan berubah. Perasaan berubah. Hati berubah. Orang pun. Kadang-kadang kita manusia ni terlalu mengharapkan selamanya a.k.a foreber lah kononnya. Tapi kita tak sedar, mana ada yang abadi kat dunia ni. MELAINKAN ALLAH. Kecantikan akan hilang, perasaan akan pudar, ingatan akan tumpul, mata pensel stabilo 2b akan patah, pembaris panjang 30cm aku akan hilang, dakwat gel pen warna warni pieka akan habis sebab aku selalu guna. Haaaaaa nampak tak. Berpuluh contoh aku bagi tu. Pahe dok? (Faham tak?) 

Macamana kita sayang kat seseorang tu pun, kita tak boleh expect dia akan wujud selama-lamanya dalam hidup kita. Bak kata pieka yang quote ayat ainun yang berkata: "kita tak boleh expect orang yang ada dalam fasa pertama hidup kita akan ada dalam fasa kedua dan ketiga.  Mungkin ada, mungkin takda" depends lah atas belas Illahi. ALLAH yang Mengetahui. Sampai mana peranan dia dalam hidup kau, sampai tu lah dia akan ada. Orang ditempatkan dalam hidup kita untuk membawa kemanisan dan juga pengajaran. Susah nak diterangkan. Tapi senang cerita setiap insan dalam hidup kita ni diletakkan atas sebab-sebab tertentu. 

Berdasarkan pengalaman guwe yang baru makan garam takat 2 3 sudu ni haa: aku nasihatkan... janganlah terlalu mengharap. Just percaya Qada' dan Qadar Allah. Perancangan Allah itulah yang terbaik buat hambanya.  BELIEVE. sekian.

Dah tak mampu nak ucapkan doa:
"Ya Allah panjangkanlah umur persahabatan ku dengan si polan polan. Buatkanlah kami bersahabat hingga ke syurga. Jika ditakdirkan kami terpisah di dunia ini Ya Allah, kau temukan lah kami kembali di akhirat kelak." - sungguh aku dah tak mampu. Maaf. The tears. Allahu. 

 Much Love,
Ain Nadzri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

Tutorial:Favicon@ icon di blog