Kerana Allah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:)

Tekan Play kalau nak feel lebih. hihi.

Motif entry? Entah. Tak tahu. Tangan seakan-akan laju menaip. Maybe I just wanted to end January with something good. So yeah. Entry ni untuk seorang sahabat yang sangat disayangi kerana Allah,Iffah Mohamad Saufi. Semoga berada dalam rahmat dan perlindungan-Nya.

Awak..
Saya syukur sangat dapat jumpa awak. Tak sanggup kalau kehilangan awak. Tetapi kalau kita ditakdirkan terpisah di dunia ni, moga-moga Allah temukan kita kembali di syurga kelak. Janji yang kita akan hidup dan mati demi Allah;

Kita nak dapat naungan Allah di padang Mahsyar nanti kan? Salah satu golongan yang mendapat naungan itu adalah orang yang berkasih sayang kerana Allah. Sungguh Ain sayang Iffah kerana Allah. Moga Allah sudi pilih kita untuk dinaungi-Nya.

Temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,

Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya.
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.  .

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya.
kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu.
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.

Bertuahnya diri. Mendapat sahabat sejati. Bersama tatkala susah dan senang. Pimpin tangan, bersahabat hingga ke syurga. Allahu. Semoga madah kata ini mampu menggembirakan hati tatkala sedih, mengembalikan senyuman tatkala muram, menceriakan kehidupan tatkla suram dan memberi semangat tatkala kamu rasa jatuh dan tak mampu bangkit kembali. Maafkanlah atas segala kekhilafan.
Sungguh aku sayangkan mu kerana Allah.
Much Love,
Nur Ain Iffah Mohamad Nadzri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

tutorial:hover berpelangi