a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Isnin, 5 Ogos 2013
My Ramadhan.




Assalammualaikum. (=

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 27 kita berpuasa. Ramadhan semakin meninggalkan kita. Bulan yang penuh barakah lagi di nanti-nantikan ini. Hmmm, teringat waktu bulan 2 hari tu. Mak Nani tanya, "Takkan Ain taknak jumpa Ramadhan tahun ni? beraya dengan family.. dengan kitorang" Ya Allah, waktu tu. Payahnya.. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku merasa RAmadhan tahun ni. Ramadhan yang aku rasa tersangatlah bermakna.

Terasa baru semalam, BADA kolej pasang lagu ni.

                              

waktu tu masing-masing semua excited. =) Hahaha. Menariknya Ramadhan aku tahun ni. Tu lah dia.. Berpuasa di kolej. Di asrama. Pengalaman baru kot. Mana pernah seumur hidup puasa kat asrama. At first memang ah macam, whyyyyyyy. nak balik. first day of Ramadhan tak dapat celebrate dengan family, dengan KHARA. wuuuuuh sedih habis beb. Hari pertama ramadhan kot. Comfirm diorang bukak puasa reramai. Dengan dutch lady chocolate+soda as trademark every year. Penuh rumah nenek waktu tu. Semorang ada. Yang jauh, dekat semua datang. Meriah gell! Lagi-lagi tahun ni lah. Diorang buat terawih ramai-ramai kat rumah nenek. 1st time kot buat ceni. And yeah.... aku terlepas peluang nak rasa semua tu.

Tapi yeah. Apa yang aku berpeluang rasa pulak, tak kurang menariknya. Sahur dekat sekolah. Masing-masing liat nak bangun dalam dorm Teratai 1 tu. 1st day for sure ah mangat kan nak sahur, Tapi makin lama makin liat lah en. Aku lah tu. Orang gerak langsung tak sedar. heeeeee. Bukan apa. Tu kes stay up lewat sangat lah tu. dah UPP2 dalam bulan Ramadhan, memang payah la. hehe

Then, waktu kat kelas. hmmm, time-time ni ramai syahid memang tak heran lah. Penat barangkali. Atau pun alasan kami, nak dapat kan tidur qailullah. Ahaksss. Bukan ke tidur di siang hari juga mendapat pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. *haaaa tu dia, keluar dah isi tazkirah ramadhan aku XD*

Waktu iftar pulak! Wahhh waktu iftar ni sume muka bahagia. Nampak food en. Masing-masing penuh tangan dengan plastik-plastik lauk/kuih dari kantin+bazar. Hari pertama tu, jangan cakap ah. penuh table weii. Tapi makin hari makin kurang lah. Poket masing-masing makin kempis barangkali, tu yang berkurang. MUNGKINlah...

Lauk dining hall pun tak kurang hebatnya. Aku suka kurma dia! Lagi-lagi kurma special dia. Kurma madu. Ya Allah best-best. Bukan selalu dapat kurma tu. Table-table tertentu dan hari-hari tertentu je. Yeah kuih dia pun. Ada kuih lopez, buah melaka*fav aku woii*, karipap and macam-macam lagi lah. Konklusinya, aku punya pipi ni makin tembam lah bila duduk asrama ni. tension woi. pipi ni sumpah macam di pam-pam. X(

Waktu terawih pulak. fuuuuh, waktu tu lah kau boleh tengok orang lumba lari dari dining hall ke surau. Masing-masing berebut nak saf depan. Surau yang tak pernah-pernah penuh tu, tetiba mampat macam sardin sampai ke belakang. Hebat tak hebat penangan Ramadhan wa kata lu. hihi

Tapi yang paling special ramadhan tahun ni ialah, hijrah. Me myself. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk melakukan yang sedemikian. Moga-moga istiqamah lah ye.

So, goodbye Ramadhan. Kepergian mu pasti ditangisi. Moga-moga berpeluang bertemu kembali di tahun hadapan. InsyaAllah. Dengan izin-Nya. Oh yeah, Happy Eid Mubaraq in advanced ppl! takut tak sempat nak update before raya. hihi  Jangan makan banyak sangat, jangan lupa solat raya, jangan tak kumpul duit raya(means kumpul lah!  hahaha tak senonoh) Jangan main mercun.. Takmo takmo takmo. nanti hilang jari, cacat lah pulak. lagi-lagi yang gegirl. nanti tak de sape lak aih nak masuk meminang. :P

okey bye. Syukran. =)
Much Love,
Ain Nadzri

Label: , , ,



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.