2012 saya :)


Assalammualaikum. (=

Alhamdulillah. Masih bernafas lagi di bumi Allah ini. Masih berpeluang lagi nak menulis di blog yang lama terbiar ni. Hehe. Alhamdulillah! Hmm, sekejap je dah nak habis 2012 kan? Dah nak buka buku baru. 2013 pulak.  Terasa macam smalam je baru 1 Jan 2012. *ayat cliche yang amat* Ape ape pun, aku rasa tahun ni memang fantabulous la. Banyak rasenye perkara yang awesome berlaku.

2012 ni kan, memang teramat lah sibuk dengan hal-hal PMR. Balik pun memang confirm lambat. Tak tuition, koku. Tak koku, stay back. Pukul 6 lebih baru jejak kaki kat rumah.*heavy sigh* 2012 ni pun kan, penuh dengan nescafe dan coffee. Badan ni? Confirm terlebih caffeine. Pernah skali pergi skolah dengan kepala rasa macam berat sebelah. Pelik gak, bila masa rambut aku boleh jadi seberat ni? Biar betik. Hahaha. Takde kena mengena pun sebenarnya. Mana taknya. Malam sebelum tu, dengan kopi segelas tinggi. Buku segunung. Aku duduk berkabung depan tv kat ruang tamu. Bukak channel radio. Nak buka channel biasa tak berani. Bukan apa, takut tetiba iklan hantu Kak Limah menjelma. Tu yang kecut tu. Tak pun bukak siaran omputih. Jarang nak ade iklan hantu. hehe. So esoknya, Cikgu cakap pun aku dengar tak dengar je. Pedih kepala ni. Mata? Tunggu masa je nak terkatup wa kata lu. Huh. Hebat sungguh penangan kopi. So adik-adik di rumah jangan tiru aksi ini. ;)

Alhamdulillah sgala usaha-usaha tu berbaloi gak akhirnya. Yeay dapat 9A. So, nak amek peluang ni untuk ucapkan trimas bebanyak kepada semua cikgu SK TELOK MAS dan cikgu-cikgu SMKA SHARIFAH RODZIAH. Trima kasih cikgu, kalau tak kerana usaha cikgu yang susah payah mengajar saya, mustahil untuk saya dapat kejayaan macam ni. *senyum ke telinga* Ibu, ayah. Yang susah payah jemput kitorang bertiga. Penat kot. Sorang balik pukul 2. Sorang pukul 4. Yang sulung ni mengada-ngada nak balik pukul 6. Trima kasih banyak-banyak. Korban duit dan masa untuk kitorang. :) Oh, untuk kengkawan juga. Ayu Raihanah, Izzati Kahar, Zakiah Wahab, Dira Nadia, Fatin Hidayu, Erin Zailan, Amira Azman, Izzati Zulfikar, Farhana Izani. Erm, ada lagi ke ek nama yang belum ditulis? Tak de rasanya. Dan semua classmate aku. Bebudak 3Aisyah! Korang memang awesome. :D

Bila diingat-ingatkan balik,tahun ni dah memang normal aku datang lambat. Ah Stresss. Macam-macam denda dah pernah kena. Guru displin pun dah bosan tengok muka aku yang datang lambat. haihh... Sedih + Malu betul lah ingat benda-benda ni. :( Nampak je macam okey. Tapi tekanan dalaman tu sebab tepaksa hadap malu tiap-tiap hari. So, ayah. Harap ayah baca ni. *Muahh pipi*

Oh yeah. Tahun ni jugak first time dan last time aku pergi Sahibba peringkat kebangsaan. Alhamdulillah merasa juga. Sebab, janji nak ada sahibba peringkat kebangsaan ni, sejak aku darjah 5 lagi. Tup Tup, waktu aku form 3 ni lah dia baru buat sahibba peringkat kebangsaan. Yes, pada tahun terakhir aku boleh terlibat. ergh, kejamnya. Tapi takpe. Jangan jadi tamak. Syukur pernah merasa. :)

And the best part of the year is...... *drumroll* December! Bulan bercuti. Tahun ni pi Sabah and balik ke kampung, Sarawak. Sabah is totally fantastic! Pulau Mamukit and Pulau Sapi.. Sumpah cantik! Yang bestnya, dapat pi snorkeling. Ya Allah. Lawa gila okey. Takyah sibuk2 nak pi tengok Nemo 3D sgala bagai. Oh Gunung Kinabalu pun best. Sejuk gila. Pic? Malaslah nak masukkan. Lambat. *muka ketat*

Oklah korang. Dah lenguh dah jari ni menaip. (lenguh? Alasan je senanye tu. hakhak) Bye.

p/s: 2012 ni tak best kalau tak chat dengan dia. Tnx la buat stress saya hilang. Jadi gila-gila bersama. Hahaha. Thank you very much for make it easier when the life is hard. <3

Much Love,
Ain Nadzri

Ulasan

raihanah berkata…
wah,nama kita adalah.. ahaha..sayang Ain <3 ..syukran

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

Tutorial:Favicon@ icon di blog