a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Isnin, 19 November 2012
Entry tak bertajuk.

 



Assalammualaikum. (=


Bangun-bangun tengok jam dah pukul 11.30. Wooh. Apahal lambat gila aku bangun hari ni woi. Bak kata mem besar, kalau ada orang datang merisik, tengok aku tido lagi time-time camni, sure satu rombongan patah balik. Cancel. Hehehe. Ah, tak pe. Lambat tak lambat. Dah jadi dah pun. Bangun, bangun terus masuk dapur. Biasa ler motto aku kan, ‘makanan diutamakan, perut didahulukan’. Kau HADO? :P Nampak swiss roll depan mata. Hmm, jadilah.. Lepas tu, kaki terus je ke bilik ibu. Seludup laptop lah wei. Apa lagi kan. Nak tengok tv pepagi ni? Jangan haraplah. TV di conquer oleh adik-adik ku. Kau nak tengok? Tengoklah. Kartun 24 jam. Comfirm!

Ah, cuti ni aku belum buat satu benda pun yang produktif. Hari-hari rutin yang sama. Laptop,TV,makan,tido,tido,tido. Bila pulak buku nak masuk dalam list rutin tu weeeeiiiii. Geram ah pada diri sendiri. Bila cuba-cuba nak masukkan buku dalam list rutin tu je kan, tido mula menguasai. Yes, si tido itu memang gila kuasa woi. Dengki gila nak mati. So, dah aku yang semangat tengah mencanak-canak ni terlentok gak lepas baca 5 muka surat buku sains. Heh, 5 muka surat jer? Acaner tu? 

Dalam hati korang mesti terdetik, “Ah, nerd gila minah ni, cuti-cuti pun nak baca buku. rileks ah……..” “eleh minah ni, mengalahkan orang nak SPM pulak. Padahal baru habis PMR. “ Dah chop chop chop.  Lu olang ingat gua lajin sangat nak blaja keeer?  Tak de maknanyeee~~  Kalau tak sebab ada ujian,  memang tak ar aku nak pegang buku kan. Tapi aku ada ujian wei. Ujian penting yang menentu hidup dan mati. Ceh. Too cliché la. Ujian yang bakal member impak besar dalam hidup aku la senang cakap.

Hmmm. Malas la nak menaip lagi. Sampai sini je lah.. Btw, nak minta tolong boleh? Tolang doakan budak Nur Ain Iffah Bt Mohamad Nadzri ni rajin baca buku. Dapat jawab soalan dengan baik waktu ujian kelayakan ke MRSM 26hb nanti. And layak masuk ke MRSM Tun Ghafar Baba. Yang paling penting semoga Ain Nadzri mendapat 9A dalam Peperiksaan PMR nye.  Amin~~ Terima kasih awak~! =)
 



Much Love,
Ain Nadzri

Label: , ,



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.