a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Rabu, 7 November 2012
Entry ini mungkin untuk anda.


Assalammualaikum. (=

Hello korang! Tengok tajuk tu. Sikit punya panjang. hehehe. Rasanya dah lama gila kot jari-jariku yang runcing ni tak menari di atas kekunci untuk menaip entry macam sekarang! Dari hati yang tulus, luhur dan ikhlas, budak cute ni nak mintak maaf. Ye la, sebab lama sangat pulaukan blog ni. Nasib baik blog ni tak boleh bersawang atau berhabuk. Kalau tak.. memang masalah lah kan. Hmm, agak-agaknya apa kes ek tak update blog sikit punya lama?

Bukan apa, PMR memang lama dah habis. Tapi mood tu yang lambat nak mari. Lepas PMR budak ni diselebungi fasa kesedihan.*Cewahh. Word nak syahdu.* :P Tapi memang la. Berserabut gila kot waktu tu. Nak tahu tak rasa macam mana? Rasa dia macam campuran rasa ; kesedihan, kesepian, putus harapan dan KOSONG. Bukan lagu Najwa Latep yang Kosong tu oke. hehe. Senang cite, lebih kurang rasa macam air Batu Campur (ABC) lah kot. eh?Abaikan. Apa-apapun, tu sume cite lama. Sekarang ni dah oke dah. Masuk je 1 November terus jadi happy balik. Alhamdulillah. Kalau tak, takdenye budak ni akan rajin-rajin update blog macam skarang ni. :)

Erm, kekeringan idea ar nak cakap apa. PMR macam mana? ok kot. Yang sedang-sedang saja. Yang penting..... boleh jawabla. *nyanyi* Lepas PMR buat ape? Banyak benda kot. Sebab sekolah tersangat-sangat rajin buat program untuk kami, budak lepasan PMR yang  inginkan kebebasan ni. Tapi takpe. Be cool. Takde la teruk sangat.Best je. Kalau rasa program hari tu bosan, masing-masing buat cuti sendiri la. Nampak tak betapa BERTAULIAH nye kami? heeee

okla. Malas ar nak menaip lagi. Tapi jap, nak tinggalkan pesanan kat seseorang jap.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Ada la orang tu kan dah tak nak kawan dengan budak ni lagi. Mesej tak reply. Bila orang IM kat facebook terus log out. Sampainya hati. Wei, aku tahu kau akan baca benda ni. Ye la, kau kan peminat setia blog aku kan? *puihh, si Ain perasan* So, aku nak minta maaf. Aku tak tahu aku salah tang mana. Tapi aku agak pasal peristiwa tu lah kot. Yes, aku mengaku, aku salah. Patutnya aku inform kau dulu kan? Sorry. :( jujur, aku agak sedih la sebab kau tak nak layan aku. Macam mogok ngan aku. Takkan sebab tu kau tak nak kawan ngan aku lagi? Aku rindu nak chat dengan kau. Nak cite pasal tu ,ni. Macam akhir tahun F2 dulu. Kalau kau tak nak kawan aku lagi kan. Takpe la. tapi siyes, terkilannyee aku :(


Bye korang. Biarlah hamba membawa hati yang terluka ni. (jiwang gilos kay. hehe)

 Much Love,
 Ain Nadzri

Label: , ,



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.