a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Sabtu, 26 November 2011
Al Kisah Si Kucing


Assalammualaikum. (=

Haiiiii korang! *lambai-lambai tangan* Selamat pagi. Eh, pagi lagi ke? Tak kisahlahkan.Erm, hari ni kan, aku bangun awal sikit tau. err, bukan bangun awal sebenarnya. Aku memang selalu bangan awal pun. *flips pashmina* Tapi hari ni, aku keluar bilik awal sikit. Biasanya, lepas bangun, mesti aku mengelamun atas katil dulu. Tweeting, facebook-ing, stalking *cough*  sume kat atas katil. =3

Tapi, apa mimpi entah aku hari ni. Aku pun keluar bilik. Ibu kemain excited lagi tengok aku keluar awal hari ni. Terus dia suruh aku sidai kain. =__________=" Baru ingat nak lepak-lepak dulu kat luar.So, aku pun pergilah sidai kain. Tengah aku sidai kain tukan, ade seekor kucing kuning ni tau. Kucing ni memang sukalah bermastautin secara haram kat belakang rumah aku. Aku tak perasan dia mulanya. Bila aku nampak dia je, punyalah aku terkejut. Dengan dia dia sekali terkejut. -.-"

Kucing tu apa lagi terus bukak kekuda. Bersedia nak lari. Kelam kabut dia. Mungkin kesan terperanjat tengok aku pepagi tu. (u_u) Dalam dia kelam kabut nak keluar tu, aku tengok dia tetibe brek mengejut dekat tepi pagar rumah aku. Aku pun pelik lah kan. Sebab biasanya dia terus menyelusup kat dalam longkang kecik rumah aku tu untuk keluar. Aku pun pergilah dekat sikit ngan dia. Yelah, nak tengok gak apa kess kucing ni kan?

Aku tengok muka kucing tu. Dia tengok muka aku. kitorang bertelepati minda ke minda.Aku tahu ada something yang tak kena. So, aku tengoklah longkang tu. Rupa-rupanya longkang tu ade air. Ooooohh.. Patutlah kau tak blah ye kucing. Aku pun berfikir untuk beberapa saat.Then, terus muncul idea jahat ni kat otak suci aku. *Sucilah sangat? puuuui* Aku terfikir, "Macam mana yep kucing ni nak keluar kalau aku sergah dia?"

Jadi disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam,aku pun amek keputusan untuk sergah si kucing ni. Dengan gaya ala-ala hulk dan aura mak tiri yang terserlah, aku pun hentak kaki aku sikit. Seolah-olah faham dengan isyarat aku, si kucing bersedia untuk turun. Sebelum tu,dia sempat pandang mata aku. Buat panahan mata blink blink ala-ala Shin Chan. Panahan mata tu ternyata berjaya! Aku rase bersalah. "Kejamnya aku!"-bermonolog dalam hati. Kaki kucing tu mula nak masuk dalam air. Aku pun apa lagi, mulalah nak rasa bersalah. "Macam mana kalau kucing tu lemas?? Macam mana kalau dia demam nanti bila kena air??" Macam-macam perkara bermain kat kepala hotak ni. Walaupun 99% tak masuk akal. Ialah, orang dah buat salah. Mulalah nak kelam kabut.  Sedar tak sedar, aku cakap ngan kucing tu "eh kucing! ja....ngaaaa...aaaan!"*slow motion effect*  

Tapi dah terlambat. Kucing tu dah pun masuk ke dalam longkang. Dan yang memeranjatkan,dia langsung tak basahkan badan dia. Dia lalu longkang tu dengan penuh style skali. Huh. Sia-sia je aku simpati segala bagai.
Lepas selamat dia keluar dari pagar rumah aku, dia toleh. Tak semena-mena aku rasa  di sindir oleh si kucing. Pandangan dia seolah-olah mengatakan "kau dah tertipu wahai manusia" =.='

kbye!


Much Love,
 Ain Nadzri


About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.