a i n a d z r i ;
 Home | Follow+

Sabtu, 17 September 2011
Amukan Qistina

Assalamualaikum(=

korang pernah dengar tak tajuk kat atas tu? Tajuk di atas tidak ada
kena mengena dengan mana-mana drama/teater/novel dan sebagainya ya.
Harap maklum. Sebenarnya, tajuk di atas merupakan tajuk khas untuk
entry aku kali ni.

Ok, cecite-cecite. Actualy macam ni. Malam semalam, kitorang pergi
rumah kawan ayah dekat Pagoh,Johor. Disebabkan rumah kitorang kat
Melaka, agak jauhlah jugak perjalanannya.dalam sejam gitu.
Sampai-sampai je kat situ, terpegun jap. Tak perasan mulut dah
ternganga. Rumah tu besar sangat! Luas dia satu ekar ok. Pastu,
amatlah cantik!ok, siyes aku Jelly. Sampai-sampai je, kitorang surela
makan dulukan? Makanan diutamakan, perut didahulukan. Well~ Lepas
perut selesai dikenyangkan, kitorang pun mengadakan lawatan tak rasmi
sekitar kawasan rumah tu. OMG! OMG! OMG! *gaya gedik* rumah dia sumpah
lawo! Dalam rumah dia konsep english-modern gitu. Banyaklah Juga
bunga-bunga rose kat situ. Selain tukan, dalam rumah tu pasang
lagu-lagu lama P.Ramlee. Wah, memang menaikkan moodlah.

Sedang layan perasaan kat belakang rumahkan, tetiba ade seorang budak
comel ni datang. Dialah Qistina, iaitu watak utama kita hari ni. waktu
tu, adik-adik aku tengah berwrestling. Aku pula tukang rakam.*err,
anak-anak siapalah ni* So, si Qitina ni tadi nak join jugak main
wrestling-wrestling ni. Aku pun tanpa fikir panjang bagi jelah. Kang,
kalau tak bagi, budak kecik ni mengajuk pulak kang. Buat dia mengadu
kat mak dia nanti,mati aku. so aku bagi jela. Sebelum nak main
wrestling-wrestling tukan, budak tu cakap, 'tapi, aku taknak lawan
dengan si gemok ni. No,no,no. Kalau aku lawan dia, macam manalah rupa
dia nanti'. Dia cakap cenggitu pada Irfan. Kejam gila bunyinyakan?
Hahaha. Laser gila mulut kau dik oii. Nasib baik kau comel nak mamp**.
So, dia pun main wrestling-wrestling ngan Imani.Adik bongsu aku. Tapi,
yang si Qistina ni pegi main wrestling betul-betul pulak. Kesian adik
aku si Imani tu. Badan dia dahlah kurus. Senang-senang je dia kene
tolak dengan si Qistina tu. Dalam hati aku, dah terlintas, 'mati juga
adik aku ni kang, baik aku selamatkan dia sebelum terlambat.'

So,kitorang semua pun masuklah dalam. Pi tengok cite spiderman 3.
Tengah leka-leka aku ngan Irfan tengok cite nikan, si Qistina datang.
Dia pergi pada Irfan and cakap. 'Abang gemok. Nak cakap sikit.
Eeeeiii ada ta*k lalat!'sambil tampar ta*k lalat tu kuat-kuat. Banyak
lah dak Irfan kene. Tumbuklah tendanglah. Then si Irfan pun
buat-buatlah nangis dalam misi nak melepaskan diri. Qistina langsung
tak percaya. Dia cakap 'abang kan gemok, mestilah abang kuat' terus
dia buat Irfan lagi. Haha. Memang nasibkau lah Pan. XD

waktu nak balik tu pulak, aku cakap kat Qistina, 'Tina, abang nak
balik. Baik minta maaf.' Dia cakap 'ok,ok.*salam* nak duit
raya??*sambil ketawa*' yang Irfan ni pula dengan sengalnya cakap'eh,
tak de duit raya. Mintak kak Ain.' cilaka punya adik. Aku mane ade
duit raya nak bagi woiii. So, si Qistina ni dengan muka excitednye
salam aku. Then, seperti yang telah diajar tadi, dia pun mintalah duit
raya kat aku. Aku pun buat-buatlah bagi. Dia cakap' tak de pun..!'
sambil buat muke cute dia tu. Aku pun cakap 'eh, budak kecik mana
boleh dapat duit raya' Adat mana entah yang aku ikut sampai cakap
budak kecik tak boleh dapat duit raya. Ah, lantaklah. Janji aku dapat
lepaskan diri dari raksaksa comel ni. Tapi, mulut cilaka Irfan sekali
lagi menyampuk 'kalau tak da duit raya,mintak hp dia'. Waktu tu aku
rase nak cibai-cibai mulut dak Irfan tu. Tahulah henset aku henset
cikai kan. So, si Qistina yang tengah tengok gambar dalam henset aku
ni, taknak pulangkan henset tu pada aku' dia bawak lari sambil
ketawa-ketawa. Aku dah merayu-rayu dah pada dia ni mintak pulangkan
henset cikai aku tu. Tapi dia tak nak bagi. Aku dah bagi jelingan maut
pada Irfan suruh dia buat sesuatu. Semua ni sebut mulut puaka dia tu
okeh. Akhirnya, dia cakap pada qistina 'qistina, bagi henset kakak tu.
Nah, abang bagi duit raya' dia cepat-cepat pulangkan henset aku lepas
dengar Irfan nak bagi duit raya.Fuhhh, selamat henset aku. Weh,
walaupun henset aku henset cikai je, aku sayang tau henset aku. Jangan
cuba pisahkan kami ok! *peluk henset kuat-kuat.*

waktu kat luar pulakkan, aku cakap pada Qistina 'bye Qistina.
Buweeeeerk.' Qistina terus kejar aku. Disebabkan aku tahu aku takkan
menang kalau lawan raksasa comel ni, aku awal-awal angkat tangan.
Menyerah. Waktu, nak salam aku sekali lagi tukan, dia sempat lagu
cubit perut aku oke. Irfan jangan cakaplah. Lagi teruk dia
kene.hahaha. Tapikan,walaupun budak kecik ni agak ganas, aku sukalah
budak camni. Agresif+cute.walaupun baru 6 tahun, cara cakap
mengalahkan orang tua okeh.

K lah. Aku malas nak menaip lagi. Aku rasa nilah entry terpanjang
pernah aku taip seumur hidup aku.salam. :3

Label: , ,



About Me


Blogger from Malacca-Bangalore. Was born in 1997. Blogging since 2008. Full time dental student and part time blogger. This blog is a little place where I express my feelings and memories. I'm sucker for cute things and beautiful words. Feel free to join my journey through out life and leave your advices or thoughts at the comment section or chatbox. Love, Ain Nadzri.


Chatbox


Alien sesat


Treasure


Copyright ©Ain Nadzri. All rights reserved.