salam...


MERLIMAU, 5 Mac : Maklumat sahih yang diperolehi dari seorang guru di sebuah sekolah terkemuka di Melaka semalam sungguh menggemparkan semua. Diberitakan bahawa dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian.

Berita sahih ini dipetik dari blog angkasanuri dalam posting terbarunya pagi ini.

Blog itu melaporkan bahawa kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

"Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?"

"Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini." tegas Blog Angkasanuri,

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini?Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa




- n27merlimau.pas.org.my

- angkasanuri.blogspot.com
WTF! Yg deowang caKAP NIE SEKOLAH AIND TAHUU! nie sume FITNAH semate2!!!! Allah mengetahui segalanya.. Subhanallah! salam..

Ulasan

nurul asyirah berkata…
kirenye, crite ni tak betul ea?

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

Tutorial:Favicon@ icon di blog