Jom bawa ipad ke sekolah.


salam...Jom kita bawak iPad pegi sekolah JOM! eh3,, bukan kita.., tapi diowang nie..

SINGAPURA: Empat sekolah di Singapura mula mengedarkan peralatan iPad Apple kepada pelajar dalam usaha membebaskan mereka daripada bebanan membawa buku teks dan nota.

Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang membelanjakan kira-kira RM320,500 membeli 50 unit iPad untuk 140 pelajar serta 10 guru dalam projek percubaan berkenaan.


Pengguna iPad diberi kemudahan sambungan ke Internet untuk memuat turun bahan bacaan dan pembelajaran yang diperlukan.

Ia turut digunakan sebagai tempat catatan serta latihan.


Pelajar sekolah itu, Chloe Chen, 14, berkata kemudahan itu sangat praktikal baginya.


“Guru hanya menyatakan laman sesawang tertentu untuk kami layari dan serta-merta proses pembelajaran dapat dijalankan,” katanya.

Dekan kemasukan sekolah berkenaan, Seah Hui Yong, berkata iPad dipilih kerana ia sesuai dengan kaedah pembelajaran terkini.


Pelajar juga, katanya, lebih bebas belajar sendiri berbanding terpaksa bergantung kepada guru semata-mata melalui pembelajaran konvensional.

“Ia bukanlah kerana alat itu, tetapi disebabkan kelebihan yang ada padanya.


“Jika nanti ada alat lain yang lebih baik, kami akan beralih menggunakannya pula,” katanya.


Selain Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, turut menggunakan iPad adalah Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Rendan Nanhua dan Sekolah Menengah Dunman. - Reuters

Bestnya! MAlaysia tanak wat camnie ke? buatlah2.. Dapat merasa ipad.. x perlu lah bawak buku yg sebarat lori 2...oops! hiperbola.. :D erm, Aind x sure Syarodz akn wat camnie.. 5 thn akn datang pn belum tentu.. herm.....~. salam semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tutorial: Letak Facebook share button di blog

Resepi: Kek Batik Sarawak/Milo

tutorial:hover berpelangi