selamat hari ibu buat Puan Masiha Kawi
salam...905.. tu tarikh hari ibu kan.. so ain nak ucapkan Selamat Hari ibu kepada ibu Aind iaitu Puan Masiha Kawi..
ibu, aind minx maaf kalau aind ade buat salah kepada ibu.. Ibu lah wanita yang terbaik dalam hidup aind..
renung²kanlah sajak ini..
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bondaTegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumiDalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakapBibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumiNisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkanSenyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap TuhanBegitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
bubye allz.. selamat ari ibu..
Ulasan